Saturday, September 20, 2014

[ SALES/PROMOTION ] ORIGINAL PINENG POWERBANK


Selamat Hari Weekend smua. 
hee harini nak promote skit saya punya kedai online punya produk.
Meh la rajin2 datang n follow kedai ni k.
Macam2 barang gadget/electronik ado. 
Yang paling penting, saya jual smua barang ORIGINAL okay.
X ori boleh pulang balik xde mslh punya.

Okay paling latest baru nk bawak masuk PINENG POWERBANK nih.
Walaupun dah lame orng bwk masuk kan. 
Disebabkan permintaan ramai, saya bwk la jugak masuk powerbank nih.
|
|
|
SO KENAPA BELI POWERBANK ONLINE daripada GoG?

MURAH
Sebab orang yg menjual online lagi murah harganya daripada orang yg menjual
kat kedai. Serius x tipu. Haritu aku gi kedai nk beli powerbank, mak hoi harga dia, beratus padahal aku jual x sampai seratus pun. tapi x leh nk salahkan dorang, dorang kena
markup harga sbb dorng nk bayar sewa tapak lg kan. emmm

MUDAH
Bankin, saya submit order, post trus. DONE

FREE GIFT
Kalau beli daripada kitorng @gadgetohgadget sure ade punya.
Roger je admin ijataben tu. haha

ORIGINAL
haaa ni korang kena berhati2. Ramai scammer kat luar tuh.
And ramai gak yg jual powerbank fake.
So beware okay jgn sampai tertipu.
InsyaAllah barang yg kitorng jual smuanya dijamin ORIGINAL.
Testimoni berlambak dah kat instagram shop saya tu. 
Nanti leh usha k ^^

WARRANTY
1 year baby. haha



Okay kat bawah ni LIST pineng powerbank yang kitorng jual.
* Tekan jenis powerbank untuk direct terus ke instagram item.

PN928  [10000mAh] RM80
PN933  [10000mAh] RM90
PN938  [10000mAh] RM90
PN988 [10000mAh] RM80
PN999 [20000mAh] RM110

ITEM include
1x Powerbank 
1x Micro USB Cable 
1x Powerbank Bag Pouch 
1x Manual Book

 Add-on : 
3 PIN CHARGER = RM5 
3 CABLE CONNECTOR = RM5 

FREE POSTAGE SM 
SS tambah RM5 sahaja 

How to buy : 
Whatsapp (+60123866423) 
Wechat (wechat) 

*Boleh tgk pic kat bawah untuk tgk powerbank yang mana.






Okay jangan lupa follow instagram GADGETOHGADGET untuk update paling latest okay
Smuanya akan diupdate kat sane. 

Kalau ade member tgh cari powerbank, boleh la share2kan link nih.
Sharing is caring right ^^ tq !

Sunday, September 14, 2014

[ Review ] Kenapa perlu beli RD990 dan kenapa tidak perlu beli Gopro?






Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua.

Oleh kerana permintaan dan penjualan yang sangat tinggi untuk actioncam RD990 ni,
saya nak buat sikit review kenapa perlu beli RD990 dan tidak kepada Gopro.
Bukan nak kata Gopro tak bagus, tetapi penggunaan Gopro ni sebenarnya sesuai untuk
sesetengah orang sahaja yg btol2 minat photography dan videography.


KENAPA PERLU RD990 ?

1. Korang nak kamera yg boleh senang bawak jalan2, angle wide dan harga yg berpatutan.

2. Korang x mahir guna kamera tapi nk kamera yg boleh snap pic yg cantik dan senang dibawa.

3. Gunakan chipset yg sama seperti Go Pro, quality picture pun serius sharp cantik 
kalau kena lighting, angle dan getaran.
Kalau nk tgk contoh picture snap by RD990,
boleh view instagram shop saya.
@gadgetohgadget

4. X perlu membazir duit ribu riban beli yg mahal, padahal korang x reti guna pun.
Guna RD990 ni pun dah cukup, jimat dan memuaskan.

5. JIMAT.


KENAPA TIDAK GOPRO ?

1. Penggunaan Go Pro sangat tricky bagi pengguna yang tidak mahir menggunakannya.
Kalau anda tidak mahir menggunakannya, mungkin boleh merosakkan Go pro anda dan hasilnya mengecewakan. 

2. Kalau korang beli ni just untuk menunjuk, tak payah la beli, membazir duit je. Lagi2 kalau korang student, abis duit PTPTN je RM1300 beli Go Pro. Baik beli RD990 around RM450 je harga.

3. Harga Go Pro sangat mahal bagu sesetengah pihak dan rasa sangat tidak berbaloi beli.

4. Go pro ni kekadang akan hang kalau kita tekan tak tentu pasal, Korang kena pandai tekan reset balik seperti cabut bateri atau cara lain. Kalau Go Pro ni hang, akan nampak mcm rosak, tapi sebenarnya boleh reset dgn certain cara.

5. Kepada yg bukan jenis kaki advanture tapi nk menunjuk je ADA Go Pro, aku jamin, boleh
kira bape kali je korang akan guna Go Pro kamera ni. haha

6. Terlalu taksub kepada jenama dan membazir kepada siapa yg xtau gunakan kelebihan Go Pro. MEMBAZIR.


Terima kasih kerana sudi membaca review yg x seberapa nih.
Boleh share kepada yang berminat dan selamat membuat keputusan yang bijak.



P/S : Kalau ade yg nak beli RD990 original,
boleh contact saya :
Whatsapp (+60123866423)
Wechat (ijataben)




Saturday, August 30, 2014

[ REVIEW ] Redleaf RD990 Wifi action cam


Redleaf RD990 Wifi action cam




Salam semua.
Atas permintaan ramai,
 aku buat jugak review pasal RD990 yg aku jual nih.
Okay aku cite straight to the point untuk siapa kamera ni 
dan apa kegunaannya.
Ada yg dah tau and ada yg xtahu langsung pasal actioncam.


APA ITU ACTION CAM ?
Action cam digunakan untuk aktivity2 lasak seperti menyelam, mendaki gunung
dan pelbagai lagi. Action cam adalah khususnya yang mahu merakamkan aktivity2 lasak mereka seperti terjun dari kapal terbang dan aktivity lasak seumpamanya.

Tapi zaman skrng ni kan zaman SELFIE.
Orang lebih prefer something yg boleh snap ala2 selfie gitu,
so here it is, action cam.
Lagi2 action cam ade features wide angle,
memang cun melecun la snap pic ngan background wide !



RD990
Pernah dengar GOPRO ? okay RD990 ni adalah action camera yang di copy 
sebijik hampir 99% gopro. 

Product Specs :
RD990 Ambarella FullHD WIFI Action Camera(60m waterproof)
 • 12 Mega Pixel 1/2.5 HD CMOS Sensor
• F/2.8 f=2.5 6G+IR 170°Wide Angle Lens
• Waterproof 60m with waterproof case
• Video Resolution: 1920×1080p@30fps 1280×960p@30fps1280×720p@60fps/30fps 848×480p@60fps
 • Image Resolution: 12M/8M/5M/3M (option)
• Video format: H.264(avc1), MPEG-4 / Photo format: JPEG
• Built-in WIFI: 802.11.n valid distance 15m in open place
• WIFI enable the Live video preview, wifi remote, system setting and data transmission functions
• Time-lapse video capture:1,2, 5, 10, 30 and 60 second intervals 
• Burst capture rate of 5 / 10 frames per second 
• Built-in LCD for the state of system and system set-up
• Support Micro-SD Card up to 32GB
• Rechargeable Lithium-ion battery 1080mAH
• HDMI output and TV-OUT function 
• Optional colors: Light Gold
 • Support Android/IOS/Mac system

Standard Accessory dalam kotak : 
1 x USB cable, 1 x AV cable, 2 x rechargeable li-battery (1080mAH)1 x waterproof case, 1 x straight helmet bracket with 3M sticker, 1 x curved helmet bracket with 3M sticker, 1 x arm bracket with bandage,1 x handlebar mount1 x 1/4 tripod mount6 x screw for connection1 x storage bag 



KENAPA PERLU BELI RD990 ?
Ini adalah sebab peribadi aku sebagai penjual dan pengguna camera ni :


1) HARGA Gopro terlalu mahal, sedangkan RD990 ni harganya HALF harga gopro.

Gopro = RM1+++
RD990 = RM4++



2) ACCESSORIES Kalau beli RD990 nih, kita akan dpt full accesories termasuk bag camera dan peralatan. Kalau Gopro, harga yg mahal tu hanya untuk camera sahaja, accesories 
lain kena add-on beli. Mahal~




3) QUALITY gambar oleh RD nih SETANDING gambar oleh gopro.
Kalau nak tgk gambar yg aku tangkap, boleh tgk instagram rasmi
GadgetOhGadget ni = @gadgetohgadget
Jangan lupa follow tau hee


4) WIFI Kegunaan wifi dalam camera ni adalah untuk snap gambar menggunakan
phone. Sama mcm gopro kan?

4 sebab ni je dah cukup untuk aku sebagai pengguna untuk membeli RD nih.


CARA PEMBELIAN
Boleh la contact admin dengan cara :
Whatsapp (+60123866423)
Wechat (ijataben)

Saturday, July 26, 2014

[REVIEW] Gadget Termurah dan Mampu milik.


GADGET OH GADGET

Menjual gadget dan accesories.


Hot Market Sales :

RD990




SJ4000


Kenapa RD990 dan SJ4000?

1) Harga 2x ganda lebih murah daripada gopro
2) Quality pic boleh lawan gopro
3) RD990 ade function sama seperti gopro, ade wifi.
4) SJ4000 ade LCD screen, manakala gopro xde.
5) Action camera yg tahan lasak sesuai untuk mereka yg suka mengembara.
6) Quality video yg superb.
7) Dapat pelbagai accesories dalam 1 set, kalau gopro set accesories smua kena add-on.
  

Instagram 


@gadgetohgadget
Sebarang info dan maklumat mengenai gadget dan customer
akan saya update dalam ig shop ini supaya customer senang untuk bertanyakan soalan 
dan maklumat.

How to buy?

Contact Admin
Call/Sms/Whatsapp (+60123866423)
Wechat (ijataben)

Why buy from me?

Harga paling murah di pasaran sebab saya amik direct dr kilang di China.
Saya tinggal dan study di Beijing ^^
Dijamin ORIGINAL.
Warranty by me, 6 month.

P/S : Kalau ade member or sesiapa nk beli item ni, boleh la
intro dan share IG kitorang. TQ  :)



















Saturday, June 14, 2014

REMAX Portable USB Wire Cable for Iphone Review.


REMAX PC PORTABLE CABLE.
Fast charge Micro USB cable for iphone.



Function and Advantages
Fast Charging
Fast Sync
Durable Product
Compatible Systems
USB 2.0 Sync
High Quality Material
Remax Data Cable
For : iPhone 5 ( Compatible for iOS 7 ) / Micro USBColors : Blue / Grey / Orange / Green


Jadi untuk membuktikan keberkesanan kepantasan wire usb ini mengecas
iphone, aku buat sedikit ujikaji. 

WAKTU MULA MENGECAS  
7:25 PM waktu Beijing.
Power battery : 2%



WAKTU TAMAT MENGECAS
8:57 PM Waktu Beijing.
Power battery 100%



KESIMPULAN 
Masa diambil mengecas menggunakan wire normal apple : 2 jam or lebih.
Masa diambil mengecas menggunakan REMAX usb cable : 1 jam 32 minit.

P/S : Terbukti kadar masa mengecas menggunakan REMAX usb cable lebih pantas daripada biasa.

Sesiapa yang nak beli REMAX usb cable, or screen protector REMAX (Tempered Glass) and so on,
boleh contact aku segera. Harga borong dijamin.

Wechat : ijataben (Segera reply)
Whatsapp : +861581202300

Jangan call, aku kat Beijing, melambung bill kang. haha 


Monday, June 2, 2014

THIS IS WHY I DID NOT EAT MAGGI.


THE REASON WHY I DIN'T EAT MAGGI





Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.


10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera


Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda. 

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris. 
2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga. 
4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api). 
5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal. 
6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma. 
7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
 8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang. 
9) Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas. 
10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.


NOTE : Aku kalau lapar makan jugak. Orang bujang kan. Tapi xdelah selalu and kalau nak makan pun, aku buat mcm ni, rebus maggi and kuah maggi secara berasingan. 

Saturday, May 31, 2014

Resepi Kek Batik Simple dan Mudah.



Cara paling pantas, mudah dan simple untuk membuat kek batik.
Sekarang dah jadi trend buat kek batik ni.
Bukan ape, cara nk buat kek ni senang tak payah kukus or guna oven.
Sekejap je buat, letak dalam peti ais, siap!

Macam-macam cara ada nak buat tapi aku buat paling simple.
Sebab blog ni kan Simple tu mudah haha


Bahan-bahan Utama :

1- 250g Biskut Marie (warna cream)
- 150g buttercup

- 4 cawan Milo
- 2 sudu serbok koko
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 cawan air kosong 




Cara membuat Kek Batik


1. Patah-Patahkan Biskut Marie.



2. Panaskan kuali dan masukkan mentega.



3. Bila  mentega dah cair, masukkan air dan susu pekat, gaul sebati.



4. Masukkan serbuk koko dan milo. Gaul sampai pekat.



5. Padamkan api dan masukkan biskut yg dah dipatahkan tadi.



6. Mampatkan adunan yang telah siap digaul tadi ke dalam satu bekas.
Kalau tgk aku punya kek ni kurang pekat coz aku suka mcm ni sebab tak terlalu manis.
korang boleh buat lebihkan air dan susu supaya kek jadi lebih lembut dan moist. 



7. Masukkan ke dalam peti sejuk, dan sedia untuk dimakan.



SELAMAT MENCUBA !