Wednesday, July 4, 2012

# Tips Hindar & Hilangkan Jerawat


Woot woot. Harini saya "pakar" kulit sedunia nk bg tips skit nih psl
masalah dunia yg semakin menjadi2 kat Malaysia ni ^^ 

Haha pakar la sgt aku kan. Xdelah aku hanya manusia biasa yg ade sedikit ilmu psl jerawat nih. So aku juz nak kongsi ilmu yg x seberapa ni :)

"JERAWAT"


Jerawat selalunya tumbuh kat muka, leher, dada dan juga di belakang bahu. Baca apa yang boleh korang bleh buat dan apa yang tidak.

Jangan cuci muka korang dengan berlebihan.
Jerawat bukan berpunca dari kulit yang kotor. Kadang2, pembasuhan muka yg kerap menyebabkan muka korang jadi sensitif and luka, malah boleh buat jerawat yg ada kat muka korang makin parah. Sama jugak scrubber atau sabun yg agak kasar, tu smua bleh buat jerawat luka and makin bnyk nnti. So cara yg baik ialah basuh muka terutama di tempat yang banyak jerawat 2 kali sehari dengan sabun yang sesuai dan juga air yang bersih.

Jangan takut untuk makan makanan kegemaran korang.
Tu smua mitos kalau korang dengar makanan yang berminyak dan cokelat menyebabkan jerawat. Jerawat tumbuh bila liang-liang muka tersumbat dengan minyak, sel-sel kulit dan bakteria yang menyebabkan keradangan. Tp kalau ada jenis2 makanan yang menyebabkan mudahnya pertumbuhan jerawat cuba elakkan makan makanan tersebut, lagi2 kalau korang alergic. So korang tidak payah la tolak pizza dan cokelat untuk mendapatkan kulit yang cantik :)

Minum banyak air & makan sayur plus buahan.
Hah ni yg paling penting !! Minum air suam banyak2 supaya kulit korang sentiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yg sihat macam buah-buahan dan sayuran yg kaya dengan vitamin A dan juga vitamin E. 2 vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikan pada kulit korang. 

Jangan gunakan kosmetik yang berlebihan.
Ni slalunya punca bg perempuan la. Sebelum dan selepas korang ‘make-up’ pastikan korang basuh muka korang. Terutamanya kosmetik yang banyak berasaskan minyak, elakkan. Kosmetik yang berkrim biasanya akan menyebabkan liang kulit tersumbat. Kosmetik yang berasaskan mineral biasanya ringan dan seperti bedak berkemungkinan lebih rendah untuk menyebabkan liang kulit tersumbat. (Ni kawan perempuan aku bgtau :) aku x bape pro sgt make2 ni :p )

Pastikan rambut  tidak menutupi bahagian muka korang.
Kalau rambut korang panjang, pastikan korang ikat rambut supaya ia tidak menyebabkan jerawat lebih teruk terutama waktu siang. Ingat, rambut jugak ada minyak yang juga boleh menyumbat liang kulit muka korang. Walaupun korang x gunakan apa-apa produk rambut.

Jangan sentuh muka anda.
Sentuh atau meraba muka korang akan buat jerawat korang jadi lebih teruk. Berpeluh pun sama, pastikan korang basuh muka korang lepas korang berpeluh.

Jangan picit jerawat anda!
Ni smua nafsu nk memicit !! haha kalau korang picit jerawat tu, nanti jerawat tu makin teruk tau. Bayangkan, pecah satu, tumbuh sepuluh !! Kadang2, jerawat yg korang picit tu boleh jugak tunggalkan parut tau. tu yg ade bintik2 hitam kat muka korang after korang pecahkan jerawat tu. Cuba tahan "nafsu" korang ble nampak jerawat korang mula tumbuh. Jerawat tu boleh picit and tanggal, tp dengan syarat jerawat tu dah masak. Di mana korang boleh nmpk jerawat korang kekuningan and keras.

Conclusion : Banyakkan minum air and jangan picit jerawat tuh!! Gatai sangat tangan tu :)

Like and Share ^^




5 comments:

  1. jerawat jangan pandang remeh weyh..dengar ni apa yang PAKAR Ijat kata..ahaha
    btw Ijat good info..
    katakan tidak pada jerawat!!

    ReplyDelete
  2. sy x suka makan sayur, buah2an plak jarang makan.. patut la jerawat sntiasa ada kat muka.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. ini masalah aku yg paling kronik T T

    ReplyDelete