Wednesday, January 23, 2013

# Salam Maulidur Rasul.


Hello Readers ! Salam Maulidur Rasul untuk semua :)

Sedikit info mengenai Maulidur Rasul

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Jadi di alam maya ini, saya nak berkongsi cerita yg saya ambil dr MUSLIM SHOW. 

Malu bertanya sesat jalan. Tapi kita?


Hargai dan sayangilah ibu bapa kita selagi nyawa mereka masih dikandung badan.



 Kita yakin, Allah ada ^^



Pernah nampak situasi ni? :)



Kadang2 terpikir gak. Hidup di negara luar, lagilah kurang yakin sama halal haram makanan. Kita semua yakin makanan itu halal, tp sumber yg ke-8 ?



Ajarlah anak-anak kita bersembahyang :)



Sembahyang lah sebelom anda disembahyangkan.



Penutup Kata, x semua doa kita akan dimakbulkan. Kenapa? Muhasabah diri, tambahkan ilmu, perbaiki kelemahan diri, bnykkan bersabar dan percaya, Allah sentiasa ada untuk kita.


Sekadar peringatan dan iktibar untuk semua dan juga diri ini. Salam ^^


3 comments:

  1. bukan doa kita x dimakbulkan tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..
    btw, nice muslim comic.. :)

    ReplyDelete